Struktur Rod kaca

Rod kaca biasanya diperbuat daripada kaca borosilikat (biasanya dikenali sebagai Pyrex) atau plastik polipropilena. Panjang rod kaca biasanya antara 10 hingga 40 sentimeter dan diameter kira-kira setengah sentimeter. Rod kaca dibuat dari sebatanb kaca yang nipis dan panjang yang kemudian dipotong-potong menjadi rod yang lebih kecil. Bahagian hujungnya biasanya bulat untuk mengelakkan calar pada permukaan gelas semasa digunakan, yang boleh menyebabkan keretakan jika barang kaca dipanaskan.[1][2][3]